Maklumat 1 Murid 1 Sukan untuk Si 'Tak-arif'

Eliminate ignorance with curiousity

About

Nama saya Rithuwan Nasir, guru mengajar mata pelajaran Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas dan juga Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Telah bertugas sebagai guru sejak Julai 2000 lagi. Tetapi sekarang tidak lagi mengajar Ekonomi Asas. Saya juga pernah mengajar Ekonomi Kertas 1 STPM mulai tahun 2004 hingga 2009. Mulai 2010, itu saya memohon mengundurkan diri dari tingkatan enam dan fokus kepada aliran perdana.

Berkaitan dengan tugas ko-kurikulum, saya adalah Guru Penasihat Kelab Bola sepak SMK Putatan, Guru Penasihat Kelab Komputer dan Guru Rumah Sukan Jingga. Saya juga mempelopori Kejohanan Liga Bola sepak SMK Putatan, atau juga dikenali sebagai Liga Piala Pengetua SMK Putatan yang dimulakan pada tahun 2010 dengan sasaran sekurang-kurangnya ia berlangsung selama 3 musim kejohanan dan sehingga 5 musim. Terbaru, mulai tahun 2014, saya dilantik sebagai guru penasihat Kelab Frisbee dan Penolong Guru Penasihat Kelab Fotografi. Seronoknya. Tetapi jika guru penasihat Kelab Bola Sepak SMK Putatan yang menggantikan saya sudi meneruskan kejohanan Liga yang telah saya mulakan itu, saya amat berbesar hati untuk turut serta menjayakannya.

Minat mengetahui lebih lanjut tentang 1 Murid 1 Sukan kerana secara peribadi menyetujui dasar ini. Selain dari membudayakan sukan kepada warga muda Malaysia, diharapkan sekolah juga dapat mendidik generasi muda untuk melihat sukan bukan hanya untuk suka-suka tetapi juga sebagai satu industri. Untuk menjayakan industri sukan, maka Malaysia memerlukan atlet yang diminati dan disokong. Untuk itu juga Malaysia memerlukan penyokong dan peminat sukan yang positif, berilmu, setia pada sukan, dan sanggup berbelanja untuk sukan.

Untuk itu, saya harus tahu atau amat arif tentang dasar sukan dan dasar 1 Murid 1 Sukan supaya dapat menggerakkan diri selari dengan tugasan tersebut.

Dari aspek peribadi pula, saya memerlukan motivasi alternatif dalam menjalankan tugas sebagai guru. Mungkinkah sukan dan 1 Murid 1 Sukan adalah punca yang saya cari? Sama-sama kita tunggu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: