Maklumat 1 Murid 1 Sukan untuk Si 'Tak-arif'

Eliminate ignorance with curiousity

10 Peraturan Asas Sukan Ultimate

 

  1. Tapak (The Field) : berbentuk segiempat tepat dengan setiap hujungnya adalah zon memperoleh mata dipanggil Zon Hujung (End Zones). Saiz pertandingan ialah 70 ela X 40 ela, dengan zon hujung 25 ela panjang.
  2. Memulakan permainan (Initiate Play) Bagi setiap permulaan mata, kedua-dua pasukan berbaris di hadapan garis Zon hujung. Pasukan pertahanan akan mula melempar (“pull”) cakera kepada pasukan penyerang. Mengikut peraturan pertandingan, setiap pasukan mempunyai 7 orang pemain.
  3. Skor/Mata (Scoring) : Setiap kali penyerang melengkapkan lemparan ke dalam zon hujung lawan akan mendapat satu mata. Permainan diteruskan setiap kali mata diperoleh.
  4. Pergerakan Cakera (Movement of the Disc) : Cakera boleh dibaling ke mana-mana arah rakan pasukan untuk melengkapkan balingan. Pemain dilarang sama sekali berlari bersama cakera. Pemain yang sedang memegang cakera (“thrower/pelempar”) mempunyai hanya 10 saat untuk melemparkan cakera itu. Pihak pertahanan yang menjaga pelempar (“marker/penjaga”) akan mengira dengan kuat hitungan henti.
  5. Pertukaran kedudukan (Change of Possesion) : Apabila lemparan tidak lengkap (seperti terkeluar dari garis padang, jatuh, terhalang, dipintas), pihak pertahanan dengan segera mengambilalih cakera itu dan seterusnya menjadi penyerang.
  6. Pertukaran pemain (Substitutions) : Pemain yang tidak dalam permainan boleh menggantikan pemain dalam permainan selepas jaringan dibuat dan semasa masahenti kerana kecederaan .
  7. Tiada sentuhan (Non-contact) : Tiada sentuhan fizikal dibenarkan di antara pemain. Gangguan (picks) dan halangan yang rapat (screens) juga dilarang. Kesalahan berlaku apabila sentuhan dibuat.
  8. Kesalahan-kesalahan (Fouls) : Apabila pemain menyentuh pemain lawan lain kesalahan telah berlaku. Apabila kesalahan itu mengganggu pemilikan, main semula seolah-olah kawalan dikekalkan. Jika pelaku kesalahan tidak bersetuju dengan panggilan kesalahan itu, permainan dilakukan semula.
  9. Pengadilan sendiri (Self-Officiating) : Semua pemain bertanggungjawab dengan kesalahan dan gesaan berbaris. Pemain menyelesaikan pertikaian mereka sendiri.
  10. Semangat Permainan (Spirit of the Game). Sukan Ultimate menekankan kesukanan dan adil. Permainan yang kompetitif adalah amat digalakkan tetapi tidak dengan mengorbankan saling hormat antara pemain, pematuhan kepada peraturan, dan kegembiraan bermain.

One response to “10 Peraturan Asas Sukan Ultimate

  1. fariz September 29, 2015 at 3:39 PM

    Bro, saya ambil ni untuk organize tournament ultimate frisbee sekolah menengah daerah Temerloh. thanks!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: