Maklumat 1 Murid 1 Sukan untuk Si 'Tak-arif'

Eliminate ignorance with curiousity

Buku Panduan Lengkap Pelaksanaan 1M1S diperlukan segera

Saya mengikuti perkembangan Dasar 1M1S sepanjang masa, sebagai ayah mahupun sebagai guru.

Masih tertanya-tanya bilakah buku panduan lengkap dapat disediakan di laman sesawang MOE? Setakat ini, hanya dua naskhah yang telah diterbitkan. Sila lawat mukasurat ini untuk memuatturun. Sebagai guru, saya masih tertunggu-tunggu manakah naskhah baharu akan diterbitkan. Saya teringat janji pihak Bahagian Sukan KPM untuk mengeluarkan atau menerbitkan buku panduan berkaitan permainan atau  sukan-sukan yang tertentu yang lain.

Setakat ini, saya teruskan aktiviti bola sepak Liga Piala Pengetua SMK Putatan berpandukan ilmu sedia ada di samping membuat pembacaan pelbagai bahan cetak dan juga pencarian bahan melalui internet. Adakah kejohanan anjuran Kelab Bola sepak kami boleh dianggap aktiviti 1Murid 1Sukan?

Saya harap begitu. Alangkah bagus jika ada buku rasmi dari pihak KPM supaya saya lebih yakin.

 

About these ads

One response to “Buku Panduan Lengkap Pelaksanaan 1M1S diperlukan segera

  1. Yau Hui Min Ogos 10, 2011 at 10:50 PM

    Salam Cikgu Rithuwan. Saya merupakan seorang pelajar Tingkatan 5 SMK Bandar Utama Bandar Utama (4) di Petaling Jaya. Baru-baru ini, sekolah saya telah mengadakan akitiviti Hari Sukan Tahunan dan sebagai pengerusi rumah sukan saya, saya berasa amat kesal kerana tidak menjumpai laman web cikgu sejak awal lagi. Pada bulan April, sekolah kami telah menganjurkan Karnival Permainan yang berbentuk pertandingan antara rumah seiring dengan Gagasan 1 Murid 1 Sukan. Setiap pelajar dikehendaki melibatkan diri dan kami diberikan peluang untuk memilih daripada 10 jenis permainan iaitu bola keranjang, bola sepak, bola jaring, bola baling, bola tampar, tenis, badminton, ping pong, catur dan sofbol. Maslahnya, untuk permainan ‘baharu’ seperti ping pong, bola baling, bola tampar, dan lain-lain lagi, guru penasihat berkenaan sendiri tidak tahu teknik bermain, peraturan, strategi dan sebagainya. Saya juga berasa kecewa dengan sikap kebanyakan guru yang acuh tak acuh tentang usaha murni kerajaan ini. Misalnya, terdapat guru yang tergamak berkata “Eh, cikgu ni tak tau main la. Ko belajar sendiri”, Jikalau cikgu sendiri tidak tahu bermain, apatah lagi pelajar? Pada akhirnya, rayuan pelajar tidak diendahkan dan pertandingan terus diadakan. Kebaikan pertandingan memang ada, semua pelajar dapat berseronok bersama-sama. Namun, saya berasa kecewa kerana untuk kebanyakan permainan tersebut, kami telah gagal mencapai matlamat Gagasan 1M1S. Adakah kami berjaya membentuk individu yang berbakat dan berpotensi menyerlahkan nusa di persada dunia kelak? Sayang seribu kali sayang,tidak. Peraturan, teknik asas pun tidak tahu, bagaimana nak berlatih untuk masa depan?

    Namun, selepas terjumpa blog cikgu, saya berasa amat lega hati & gembira kerana dapat mengetahui bahawa memang terdapat guru sukan di negara kita yang mencurahkan begitu banyak dedikasi dan iltizam terhadap kerjayanya untuk mengajar. Selepas ini, saya akan bersikap proaktif dan memberikan link blog cikgu kepada guru-guru di sekolah saya.

    Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat hari raya. :)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: