Maklumat 1 Murid 1 Sukan untuk Si 'Tak-arif'

Eliminate ignorance with curiousity

Pekeliling Ikhtisas dan Surat berkaitan 1Murid 1Sukan

Berikut adalah naskah digital pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkaitan dengan program 1murid 1sukan.

  1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.16/2010 Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) – dikeluarkan pada 01/12/2010

Surat Siaran berkaitan langsung dengan dasar 1M1S – AMAT PENTING!!!

  1. Jadual Pelaksanaan Program Sukan dan Permainan Sekolah Sepanjang Tahun – KP. BSSK.302-02/03/002(17) bertarikh 14 Januari 2010
  2. Penganjuran Program Kejohanan Olahraga Sekolah-sekolah – KP (BPSH-SPDK)201/005/02(38) bertarikh 19 Februari 2010

* Terima kasih kepada blog Cikgu Zuhairi Manong – saya terjumpa surat siaran ini dari blog beliau.

Download alternatif - sumber dari PPD Kota Tinggi

About these ads

One response to “Pekeliling Ikhtisas dan Surat berkaitan 1Murid 1Sukan

  1. sifu2b Januari 28, 2011 at 8:33 AM

    Surat siaran di atas memang bikin cikgu dilema. Apa taknya, sekolah saya bertugas baru sahaja selesai anjurkan Kejohanan Padang dan balapan tahunan hari ini. Salah siapa? Nak ke saya tuding jari? Tepuk dada tanya selera.

    Tetapi saya terpaksa membantah jika kesalahan diletakkan ke atas bahu semua guru atau mana-mana guru. Maklumat ini sepatutnya diketahui secara khusus dan wajib oleh pihak PK ko-kurikulum sekolah terlebih awal dan sepatutnya dimaklumkan sama ada dalam mesyuarat ko kurikulum tahun 2010 atau diedarkan salinan surat siaran kepada sekurang-kurangnya di papan kenyataan Bilik Guru dalam tahun 2010 lagi. Inikan pula tahun 2011.
    Malangnya ia tak pernah dibincangkan dan tak ada ditampal atau dilekatkan di mana-mana papan kenyataan di bilik guru mahupun di mana-mana papan kenyataan sekitar sekolah.

    Kami guru biasa, hanya jalankan tugas. Sesiapa yang ‘Tak-arif’ macam saya ni, sila maklum bahawa saya baru terjumpa dokumen ini hari ini, petang ini, itu pun secara tak sengaja dari blog guru lain. Saya dah cuba buat carian dari laman sesawang rasmi MOE tetapi carian asyik tak ‘mengena’ (no hits). Di manakah letaknya surat siaran seperti ini?

    Google memang dah google sejak terperasan surat tersebut dari blog Cikgu Zuhairi. Itu pun sebab cari hal ehwal 1m1s juga. Bila dah maklum tentang hal ini, saya nak juga dapatkan salinan digital asal dari server MOE sendiri supaya lebih yakin, malangnya hanya dapat hit dokumen dari beberapa PPD yang sememangnya ARIF! Tahniah. Dulu tak tahu, sekarang saya dah tahu. Terima kasih semua.

    Oh ya, tentang Pekeliling Ikthisas di atas pula, memang saya dah maklum sejak Disember. Memang ‘excited’ nak jayakan 1murid 1sukan ni. Juga dah berkongsi maklumat tentang hal ini kepada rakan-rakan termasuklah orang atasan. So memang bersedia menjalankan aktiviti bola sepak di bawah 1murid 1sukan mulai 7 Februari 2011 ini nanti.

    Tetapi tentang hal surat siaran di atas, macammana nak cakap ya? Ni kena fikirlah ayat paling sesuai supaya tak kedengaran ‘tunjuk pandai’ ataupun diam-diam letak kat meja orang berkenaan. Ataupun lebih selamat lagi supaya tak ada yang pandang serong dengan saya, apa kata aku diamkan saja. Tunggu hal ini dimaklumkan oleh pihak lebih tinggi secara langsung kepada sekolah. Apa pandangan korang? Tapi… macam selfish pula kan… dilema…. ni.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: